Saturday 11 October 2014

RUJUKAN

Mardiana Nordin, Hasnah Hussin (2014),Pengajian Malaysia Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Mardiana Nordin, Hasnah Hussin(2013),Pengajian Malaysia Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Muhammad Yusoff Hashim(1989),Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya,Sejarah Malaysia, Petaling Jaya : Macmillan Publisher Sdn. Bhd.

Mohd Ngasri Hamdani(5 April 2012), http://cikgungasri.blogspot.com/

Sejarah Tingkatan 1,http://jureazhaul.blogspot.com/

Cikgu Azhar Zack(20 Mac 2009), http://koleksi-nota-sejarah.blogspot.com/

LAMPIRAN


Mata wang Zaman Kesultanan Melayu Melaka


Kedudukan Melaka yang strategik untuk berdagang


Istana Melaka menjadi pusat penyebaran Islam dan kegiatan ilmu


Pergerakan Parameswara dari Palembang ke Melaka


Kemudahan pelabuhan di Melaka

KESIMPULAN

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka disebabkan kepesatan pusat perdagangannya di pelabuhan Melaka.
•Di samping kegiatan perdagangan, terdapat beberapa faktor lain yang berpengaruh iaitu faktor politik, ekonomi dan sosial.
•Faktor ini merupakan tiga faktor utama yang merangkumi semua faktor kegemilangan Melayu Melaka seperti sistem pentadbiran, kekayaan hasil bumi, sistem masyarakat dan sebagainya.
•Kesemua faktor tersebut amat bersesuaian dengan semua aspek yang diperlukan untuk mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka.

Friday 10 October 2014

FAKTOR SOSIAL


Melaka menjadi pusat kegiatan ilmu
Istana – pusat kegiatan intelektual

1. Tempat berkumpulnya cerdik pandai

2. Tugas jurutulis
  • mengarang surat rasmi raja.
  • menggubal perjanjian
  • menjadi guru kepada anak-anak raja.
3. Tugas pengarang
  • mengarang sejarah
  • menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan
  • menyusun salasilah raja
  • mencatat diari istana.
4. Tugas ulama
  • menulis kitab
  • menterjemah kitab agama Islam.
5. Golongan cerdik pandai kuasai bahasa asing
6. Kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera Arab dan Parsi dilakukan di istana
7. Selain daripada karya sastera, hikayat Melayu juga telah dihasilkan. Antaranya Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan Budiman.
8. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah.
9. Tulisan jawi digunakan dan ditambah berasaskan huruf arab iaitu nya, ga, pa, nga dan ca.
10. Istana dijadikan tempat pebincangan serta perbahasan antara golongan alim mengenai agama seta menjadi perpustakaam untuk menyimpan khazanah kerajaan.

FAKTOR EKONOMI

Mengikut sejarah Melayu, Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malaqat iaitu perhimpunan segala dagang-dagang. Ini bermakna pedagang-pedagang dari seluruh dunia melakukan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka. Pedagang-pedangan ini terdiri daripada pelbagai bangsa.

Kemajuan dan kemakmuran adalah kerana beberapa faktor. Antaranya ialah kedudukan geografinya yang strategik. Hal ini kerana Melaka terletak di tengah-tengah antara Timur dan Barat yang dapat menghubungkan antara kumpulan pedagang-pedangan dari Asia Barat dan Eropah.

Di samping itu, Melaka telah dijadikan pelabuhan sebagai tempat persinggahan. Melaka juga mempunyai persediaan yang baik untk memenuhi kehendak fizikal pedagang. Contohnya, gudang bawah tanah dibina untuk saudagar-saudagar menyimpan barang mereka.


Dalam sistem perniagaan di Melaka, penggunaan mata wang adalah penting. Urusan perniagaan mempunyai dua bentuk iaitu melalui sistem tukar barang (sistem barter) dan menerusi proses penjualan pembelian. Mata wang yang digunakan dalam urusan jual beli adalah diperbuat daripada timah. Pada permukaan duit tersebut terdapat nama sultan yang memerintah ketika itu. Emas dan perak juga digunakan dalam urus niaga dan bukan sahaja dijadikan barang pasaran. Pertukaran mata wang berlaku apabila orang tempatan melakukan urusan jual beli dengan Pasai.


FAKTOR POLITIK & PENTADBIRAN

Hubungan rapat antara Melaka dengan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam yang kuat pada waktu itu.

Menurut buku Pengajian Malaysia Edisi Kelima; Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.

Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan hubungan diplomatik. Di samping itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perataraan (lingua Franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan lancar.

SISTEM POLITIK KESULTANAN MELAKA

Sistem politik Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar serta serba sedikit dari golongan bangsawan. Menteri yang penting sekali kedudukannya di Melaka ialah Bendahara (gelaran seperti Paduka Raja dan Seri Maharaja). Beliaulah yang berurusan dengan saudagar-saudagar asing serta menjadi penimbang tara dalam  pertikaian antara orang Melayu dengan orang asing dan antara sesama orang Melayu sendiri. Apabila ketiadaan sultan, Bendahara akan mendapat hak untuk memangku tugas sultan dengan di bantu oleh Penghulu Bendahari dan Seri Bija Diraja.

Bendahara yang asal, walaupun berketurunan bangsawan bukanlah keturunan raja. Namun begitu, mengikut keluarga Bendahara telah bersemenda dengan keluarga raja Melaka dan dengan itu memperoleh kuasa yang lebih besar, lazimnya menentukan hak menaiki takhta kerajaan. Antara tugas lain seorang Bendahara ialah menjadi ketua turus tentera, ketua hakim dan ketua di balainya sendiri. Pembesar yang kedua di Melaka ialah Penghulu Bendahari, iaitu ketua seluruh Syahbandar dan berkuasa memungut segala hasil negeri. Tugasnya yang utama ialah memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Beliau juga menjadi wakil menerima ufti dari kawasan jajahan takluk Melaka dan boleh dititahkan untuk mengetuai angkatan perang Melaka menyerang negeri asing seperti Kampar.

Pembesar ketiga dalam hierarki ialah Temenggung yang kemudiannya telah melangkau kedudukan Penghulu Bendahari dan dianggap sebagai pengganti Bendahara. Antara tugas-tugas awam Temenggung ialah menguruskan makanan di balai istana, menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan, dan ketua perancang bandar dan jalan raya. Manakala tugas utama Temenggung ialah menjaga keselamatan negeri Melaka dan dalam hubungan itu beliaulah yang berkuasa atas polis serta bertindak sebagai Ketua Majistret ( menurut istalah moden). Temenggung Melaka biasanya dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar Melaka itu sendiri.

            Selepas Temenggung ialah Laksamana. Dikatakan Laksamana merupakan pembesar tentera yang setaraf dengan Bendahara. Beliau mengetuai pentadbiran tentera di samping menjadi Panglima Pengawal Raja. Jawatan Laksamana dianggap sama dengan Panglima Angkatan Laut disebabkan cabang tentera yang efektif pada zaman itu ialah angkatan laut. Orang pertama yang memegang jawatan Laksamana yang dicipta pada masa Sultan Mansur Syah ialah Hang Tuah.