Friday 10 October 2014

KEGEMILANGAN MELAYU MELAKA

  • Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta.
  • Disebabkan kedudukan Melaka yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.
  • Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah.
  • Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan.
  • Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
  • Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
  • Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15.
  • Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

No comments:

Post a Comment