Wednesday 8 October 2014

PENDAHULUAN

Zaman kesultanan Melayu Melaka adalah antara institusi kesultanan Melayu yang terawal di Tanah Melayu. Kewujudan kesultanan ini menandakan bermulanya satu sistem politik Melayu yang dikenali sebagai kerajaan. 

Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan tempat persembunyian lanun. Penduduk terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat yang menyara kehidupan harian dengan menangkap ikan dan berdagang secara kecil-kecilan. 

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikn diri ke Temasik(Singapura).

Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh Sang Aji Singapura iaitu menantu Raja Siam. Parameswara bertindak membunuh Sang Aji Singapura kerana ingin merebut hak pemerintahan. Siam telah mengatur rancangan menyerang Parameswara. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.

Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Parameswara telah menjadi Sultan pertama di Melaka.

PALEMBANG → TEMASIK → MUAR → MELAKA

No comments:

Post a Comment