Friday 10 October 2014

FAKTOR EKONOMI

Mengikut sejarah Melayu, Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malaqat iaitu perhimpunan segala dagang-dagang. Ini bermakna pedagang-pedagang dari seluruh dunia melakukan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka. Pedagang-pedangan ini terdiri daripada pelbagai bangsa.

Kemajuan dan kemakmuran adalah kerana beberapa faktor. Antaranya ialah kedudukan geografinya yang strategik. Hal ini kerana Melaka terletak di tengah-tengah antara Timur dan Barat yang dapat menghubungkan antara kumpulan pedagang-pedangan dari Asia Barat dan Eropah.

Di samping itu, Melaka telah dijadikan pelabuhan sebagai tempat persinggahan. Melaka juga mempunyai persediaan yang baik untk memenuhi kehendak fizikal pedagang. Contohnya, gudang bawah tanah dibina untuk saudagar-saudagar menyimpan barang mereka.


Dalam sistem perniagaan di Melaka, penggunaan mata wang adalah penting. Urusan perniagaan mempunyai dua bentuk iaitu melalui sistem tukar barang (sistem barter) dan menerusi proses penjualan pembelian. Mata wang yang digunakan dalam urusan jual beli adalah diperbuat daripada timah. Pada permukaan duit tersebut terdapat nama sultan yang memerintah ketika itu. Emas dan perak juga digunakan dalam urus niaga dan bukan sahaja dijadikan barang pasaran. Pertukaran mata wang berlaku apabila orang tempatan melakukan urusan jual beli dengan Pasai.


No comments:

Post a Comment