Friday 10 October 2014

FAKTOR POLITIK & PENTADBIRAN

Hubungan rapat antara Melaka dengan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam yang kuat pada waktu itu.

Menurut buku Pengajian Malaysia Edisi Kelima; Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.

Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan hubungan diplomatik. Di samping itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perataraan (lingua Franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment